Press Release

 

 COBIT 4.0: Mengemak Kini Utama Kepada Standard Antarabangsa Membantu Perniagaan Untuk Meningkatkan Nilai, Mengurangkan Tahap Risiko 

Also available in: Chinese Simplified | Chinese Traditional | English | German |
Indonesian | Japanese | Korean | Portuguese | Spanish 

ROLLING MEADOWS, Ill., 14 Dis -- The ITGovernance Institute (ITGI) atau Institut Tadbir Urus IT, akan menyiarkan satu proses kemas kini yang signifikan mengenai "Control Objectives for Information and related Technology (COBIT) atau Objektif-objektif Kawalan bagi Teknologi dan Maklumat yang berkaitan, sebuah kerangka kerja tadbir urus Teknologi Maklumat yang diterima di peringkat antarabangsa, yang digunakan oleh syarikat-syarikat utama di seluruh dunia, pada 16 Disember. 

COBIT menyediakan amalan-amalan umum autoritatif yang diterima di peringkat antarabangsa yang membantu ahli lembaga pengarah, para eksekutif dan pengurus meningkatkan nilai teknologi maklumat dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengannya.

 "Para eksekutif menyedari impak signifikan maklumat ke atas kejayaan perusahaan masing-masing dan meningkatkan tanggung jawab tadbir urus proses mereka bagi memastikan kejayaan," kata Erik Guldentops, CISA, CISM, seorang perunding pengurusan di Brussels, Belgium, yang juga anggota dalam pasukan pembangunan COBIT sejak penubuhannya. 

"Edisi baru COBIT menyediakan amalan-amalan yang baik dan meningkatkan hubungan sokongan terhadap keperluan tadbir urus teknologi maklumat bagi para eksekutif dan ahli lembaga pengarah dan dalam masa yang sama mempunyai hubungan dalam menangani keperluan yang lebih terperinci ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam penyelesaian dan sistem perkhidmatan. Ini menyediakan sokongan lanjutan untuk mengoptimumkan pelaburan ke atas Teknologi Maklumat, memastikan penyampaian yang bernilai dan menangani risiko teknologi maklumat menerusi kaedah yang telus." 

 Walaupun COBIT juga digunakan secara meluas sebagai perkakasan untuk pematuhan Sarbanes-Oxley (SOX), edisi-edisi awalnya memenuhi tarikh awal perundangan yang di kawal sekarang, termasuk SOX. 

Ia adalah produk yang dihasilkan selepas 10 tahun penyelidikan dan kerjasama di kalangan pakar- pakar perniagaan dan teknologi maklumat dan tersedia sebagai standard terbuka. /cobit.

Edisi baru -- COBIT 4.0 -- menawarkan fokus perniagaan yang lebih kukuh untuk menangani tanggungjawab ahli lembaga pengarah dan kaki tangan yang lebih berevolusi. COBIT 4.0 menandakan proses mengemas kini utama yang pertama bagi kandungan teras COBIT sejak pengeluaran COBIT Edisi ke-3 pada 2000. 

Edisi pertama diterbitkan pada 1994. Kajian-kajian kes pelaksanaan COBIT di organisasi-organisasi utama antarabangsa, seperti Unisys, Sun Microsystems dan the US House of Representatives (Dewan Perwakilan Amerika Syarikat) boleh didapati dengan melayari /cobitcasestudies.

"COBIT 4.0 tidak dilihat sebagai proses akademik semata-mata; terdapat bahan yang berguna di setiap muka surat," kata Christopher Fox, ACA. "Ia mempunyai potensi untuk menjadi dokumen yang akan digunakan sepenuhnya." 

COBIT 4.0 antara lain membabitkan panduan untuk ahli lembaga pengarah dan semua kakitangan peringkat pengurusan. Ia mengandungi empat bahagian:

  • Sorotan untuk para eksekutif
  • Keranga kerja
  • kandungan teras (objektif kawalan, garis panduan pengurusan dan model-model matang)
  • Apendix (peta, rujukan silang dan  glosari)

Kandungan teras dibahagikan kepada 34 proses teknologi maklumat dan memberi gambaran lengkap mengenai cara untuk mengawal, mengurus dan mengukur tahap bagis etiap prose.

Sebagai tambahan, COBIT 4.0:

  • Menganalisis bagaimana objektif-objektif kawalan terperinci boleh memenuhi lima domain Tadbir urus teknologi maklumat bagi mengenal pasti jurang-jurang berpotensi
  • mengharmoni dan memadankan  COBIT kepada standard-standard yang lain (ITIL, CMM, COSO, PMBOK,   ISF dan ISO 17799)
  • Menjelaskan pananda matlamat penting (KGI) dan petunjuk prestasi utama (KPI) usaha sama, mengenal pasti bagaimana KPI memacu pencapaian KGI
  • Menghubungkan matlamat perniagaan, matlamat teknologi maklumat dan proses teknologi maklumat  (penyelidikan terperinci dalam lapan buah industri yang menunjukkan keputusan dalaman yang lebih jelas mengenai bagaimana proses COBIT menyokong pencapaian matlamat teknologi maklumat yang spesifik,  dan melanjutkan matlamat perniagaan)

COBIT 4.0 menggantikan komponen-komponen edisi ketiga. Ringkasan Eksekutif, Kerangka Kerjam Ojektif Kawalan dan Garis Panduan Pengurusan. Usaha sedang dilakukan bagi menangani garis panduan Audit. Pengenalan COBIT 4.0 tidak membatalkan tugas yang dilakukan oleh Edisi ketiga COBIT, tetapi menyediakan pe;uang untuk membangunkan terus kerja trebabit bagi meningkatkan tadbir urus teknologi maklumat, dan aturan kawalan, di mana ia diperlukan. 

COBIT boleh dimuat turusn sebagai komplimentari di alamat /cobit . Salinan cetak boleh dibeli di kedai buku  ISACA (/bookstore ) dengan harga  US $190.  Satu tawaran komplementari menerusi siaran web menawarkan maklumat  mengenai COBIT 4.0 juga boleh diperoleh menerusi https://www.livemeeting.com/cc/isaca/view.

Latar belakang mengenai COBIT® (Objektif Kawalan bagi Maklumat dan Teknologi®), yang berkaitan, dikeluarkan oleh ITGI, diterima pakai di peringkat antarabangsa sebagai amalan yang baik dalam mengawal maklumat, teknologi maklumat yang risiko yang berkaitan. 

COBIT digunakan untuk pelaksanaan tadbir urusan membabitkan teknologi maklumat dan meningkatkan kawalan ke atas teknologi maklaumat, IA mengangdungai objektif-objektif kawalan, garis panduan audit, prestasi dan hasilan metrik yang merupakan faktor-faktor kejayaan kritikal dan model-model matang.

KAtar belakang mengenai ITGI Institut TAdbir Uris Teknologi maklumat ® (ITGI) ( http://www.itgi.org ) ditubuhkan pada tahun 1998 untuk meningkatkan pemikiran san standard antarabangsa dalam mengarah dan mengawal teknologi maklumat sesebuah perusahaan. 

Tadbir urusa treknologi maklumat yang baik membantu memastikan teknologi maklumat menyokong matlamat perniagaan. mengoptimumkan pelaburan perniagaan dalam teknologi maklumat, dan menguirus secara cekap risiko dan peluang-peluang yang membabitkan teknologi maklumat. 

Institut tadbir urus teknologi maklumat membangunkan Objektif-objektif bagi Maklumat YAng Berkaitan dengan Teknologi (COBIT) dan menawarkan kes-kes kajian menerusi penyelidikan asal bagi membantu para pemimpin perusahaan dan ahli lembaga pengarah melaksanakan tanggungjawab tadbir urus teknologi maklumat masing-masing. 

  /HUBUNGI: 
KRISTEN BERTHOLOMEY,  +1-847-590-7455, [email protected]
DEBORAH VOHASEK, +1- 847-590-7466, [email protected]